Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 28, 2012

VIDEO: Mana Hilang Nilai Menolong Dalam Masyarakat Malaysia? Mangsa Rompak Dibiar Tanpa Bantuan! Kejam!

Cuba tanya pada diri sendiri, sekiranya kita berada di satu tempat yang jauh dari keluarga atau rumah, di waktu itu kita ditimpa dengan kesusahan seperti tayar pancit, duit tidak ada, kereta rosak, dengan siapa kita akan meminta bantuan?
Yang pasti, kita akan cuba meminta bantuan atau
pertolongan dari orang sekeliling. Betul atau tidak?
Sebab, tidak ada sesiapa ahli keluarga terdekat yang boleh membantu kita.
Ini adalah salah satu video yang penulis temui dalam laman You Tube.
Sakit hati, geram, marah, mengucap panjang!
Semuanya perasaan yang beremosi marah penulis rasa tatkala mononton video sepanjang tujuh minit ini.
Video ini mungkin akan membuka mata kita semua bagaimana peribadi dan perangai rakyat Malaysia yang semakin menjadi-jadi apabila meletakkan kepentingan diri atau nafsu sebagai tunjang utama dalam diri masing-masing.
Video ini memaparkan kejadian rompakan sebuah motor di sebuah stesen minyak di kawasan Henti Rehat Butterworth, Kulim Expressway.
Masih lagi baru kejadian itu berlaku iaitu pada 10 Ogos 2012, ketika umat Islam sedang giat menunaikan ibadah dan berpuasa di bulan Ramadhan.
Ironinya, ketika kejadian rompakan yang berlaku di waktu tengah malam itu, terdapat beberapa orang lain lagi yang menjadi saksi kejadian kejam oleh dua orang suspek yang begitu berani dan tidak putus asa mencuba merompak motor mangsa.
Apakah mereka tidak mempunyai perasaan kasihan kepada si mangsa yang cuba menghalang dirinya dirompak?
Untuk rekod, kejadian sama juga berlaku beberapa bulan lepas di mana seorang warga tua dirompak di Pulau Pinang.
Namun, warga emas itu langsung tidak dibantu oleh orang ramai yang melihat dan menyaksikan kejadian itu berlaku.
Anda saksikanlah sendiri video ini dan nilai sendiri. Tanya dalam diri kita.
Ke mana hilangnya nilai-nilai murni dan budaya tolong-menolong yang diamalkan sejak dahulu lagi?
Kalau kejadian atau kes seumpama ini senang-senang ‘diamalkan’ di Malaysia, alamatnya, negara kita akan menjadi seperti negara China yang seolah-olah ‘membenarkan’ kejadian jenayah berleluasa dari masa ke semasa.
Fikir-fikirkan!

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive