Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 1, 2012

Perbezaan Antara Gay, Pondan, Metroseksual Dan Lelaki Lembut

Ramai orang yg tersalah tafsir akan gay , pondan/maknyah , bapok or whatever that they usually calling. sebenarnya mereka berbeza. begitu juga dengan khunsa
GAY
- Terbahagi kepada dua. satu lelaki yang maskulin (lelaki yg sejati. tiada langsung ciri2 feminin) dan dan suka akan
lelaki. (sesama jantina)

- Satu lagi lelaki yang lembut , ciri2 nya lebih kepada wanita sama ada dari segi percakapan , bentuk tubuh badan , dan perwatakannya. Naluri mereka juga suka akan lelaki. (sejenis) dari segi dialek melayu , mereka disebut sebagai pondan ataupun maknyah.
- Persamaan antara kedua-duanya adalah mereka suka akan lelaki. (dan dilaknat Allah)
METROSEKSUAL
- Mereka bukannya gay ataupun pondan. mereka adalah lelaki sejati yang lurus (maskulin). perbezaan mereka adalah mereka menyukai perkara-perkara yg kebiasaaannya ada pada wanita. seperti menjaga kulit wajah dan bentuk badan.menyukai wangi-wangian dan bedak dll. sentiasa mengelak daripada melakukan perkara2 yg boleh merosakkan kecantikan mereka. aku istilahkan mereka sebagai preetyboy . tapi kalau orang melayu cakap mat jambu. hahaha.
LELAKI LEMBUT
- Kalau dalam bahasa kasar , orang sebut sebagai Sotong..
- Sotong adalah lelaki yg lurus. Nalurinya juga lurus dan suka kepada wanita. perbezaannya adalah perwatakannya dan percakapannya yg menyerupai wanita. namun dari segi penampilan dan pemakaian , mereka adalah lelaki yang tulen. aku istilahkan mereka sebagai lelaki lembut , atau lelaki sopan . kenapa ? sebab , kadang2 perwatakan mereka yg sopan mengalahkan wanita. percakapannya yg lembut dan sentiasa disenangi oleh golongan wanita berbanding lelaki normal.
- Lelaki sotong bukannya pondan dan bukannya gay. mereka tetap lelaki yg sejati , cuma lebih sopan berbanding lelaki yg normal. jadi jangan sesekali memanggil mereka dengan panggilan yg kasar. mereka juga lelaki normal. mereka diciptakan untuk menjadi lelaki , dan mereka bersyukur dengan kurniaan yg telah diberi cuma kelembutan yang ada dan tidak dapat disembunyikan (semulajadi , walaupun mereka cuba mengeraskan diri , tapi tetap tidak berjaya dan kelembutan mereka sering kali terserlah.haha) menjadikan mereka lebih sopan berbanding lelaki biasa.
PONDAN / MAKNYAH
Mereka adalah lelaki lembut & mengatakan bahawa mereka mempunyai jiwa perempuan yang terperangkap di dalam tubuh lelaki.
Pondan, bapok atau nyah lebih suka berpakaian menyerupai perempuan. Mereka mengenakan bra walaupun pada hakikatnya tetek mereka kecik persis seorang lelaki sejati.
Untuk menutup kehenseman wajah seorang lelaki, nyah biasanya akan mengambil pil hormon utk menukar suara yg garau & menghentikan pertumbuhan misai serta janggut, membuat pembedahan membesarkan payudara, membuang kerongkong, membesarkan paha & punggung. Peringkat nyah paling teruk sekarang ni banyak yg membuat pembedahan menukar alat kelamin.
Ada yang pada mulanya menyangka mereka itu perempuan betul tapi bila bersuara, memang sah jantan! Haha.
KHUNSA
- Ini adalah semula jadi ciptaan Allah. bukan disengajakan seperti gay/pondan/maknyah. mereka 100% tidak dilaknat Allah. penciptaan mereka ini menunjukkan betapa Allah itu Maha Pencipta.
-
لَهُ آلَتَا الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ , أَوْ مَنْ لَيْسَ لَهُ شَيْءٌ مِنْهُمَا أَصْلًا , وَلَهُ ثُقْبٌ يَخْرُجُ مِنْهُ الْبَوْلُ .
“Orang yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil”.
Dalam Bahasa Inggeris dipanggil: Hermaphrodite.
Khunsa terbahagi kepada dua. Musykil dan tidak musykil
Tidak Musykil ialah yang jelas padanya tanda-tanda jantina sama ada lelaki atau perempuan. Maka ia dihukumkan mengikut yang mana jelas. Kalau lelaki, lelaki lah, kalau perempuan, perempuanlah.
Musykil pula ialah yang tidak jelas padanya tanda-tanda tersebut sama ada ada dua alat dan sama kuat tanda-tanda lelaki atau perempuan. Atau jenis satu lagi yang tiada alat langsung, Cuma ada lubang untuk kencing sahaja.
Menurut majoriti fuqaha’, orang khunsa sebelum balighnya dilihat, jika kencing dari alat kelamin lelaki maka ia dianggap lelaki. Sebaliknya, akan dianggap perempuan, jika kencing dari alat perempuan.
Jika selepas baligh pula, kena lihat tanda-tanda berikut : , Jika tumbuh janggut, atau keluar mani dari zakar atau menghamilkan wanita, maka ia dianggap lelaki. Begitu juga zahirnya tanda-tanda keberanian dan kepahlawanan sepertimana yang disebut al-Suyuti.
Manakala jika zahir buah dada, ada susu atau keluar haid atau boleh dijimak maka ia adalah wanita.
Jika kesemua tanda-tanda berikut lemah atau sukar ditentukan, maka lihat kecenderungannya…jika lebih ke arah lelaki, hukumkan sebagai lelaki. Jika ke arah perempuan pula, maka hukumkan ia perempuan.
Kita kalau dah diciptakan sebagai lelaki / perempuan , maka jadilah seperti apa yang telah ditakdirkan.
Kalau lelaki , jadilah lelaki. kalau perempuan , jadilah perempuan.
Jangan memandai-mandai nak tukar sana tukar sini.
Kalau lelaki , pakai lah baju lelaki .
Kalau perempuan , pakailah baju perempuan.
Dalam dunia ni , cuma Khunsa saja yg dihalalkan (untuk memilih jantina). yang lain lain tu semuanya. Haram.
Kalau lelaki lembut pulak , tak salah kalau percakapan kita terlebih sopan , asalkan jangan tetiba nk tukar jantinalah , nak pakai baju kurunglah , lipstik lah . aaiii. melampau lah tu. memang diakui , terkadang ada lelaki sopan , yg cuba berpura-pura mengeraskan diri , supaya kejantanannya diakui . baguslah tu. dia terima fitrah kejadian dia. tapi , slalunya kurang berjaya sebab , percakapan sopannya tu asik terkeluar. takpalah . u know what? , we are who we are . tak salah pun nak terlebih sopan , asalkan tidak melanggar fitrah.
Cuba kita tengok Chef Wan . dia aku kategorikan sebagai lelaki lembut. cuba tengok cara percakapan dia , macam mak-mak kita . tapi dia lelaki , dan dia sudah pun berkahwin berpuluh tahun yang lalu dan mempunyai anak dan dia juga tidak melanggar fitrah dia sebagai seorang lelaki. Bagus apa…lelaki sejati lah tu..cuma sopan.
Tapi ada segelintir masyarakat kita , terutamanya lelaki yg bajet maskulin dan keras. Di mata perempuan dialah ‘preman’ , dalam sukan dialah juara , berotot tapi akalnya sedikit cetek.
Golongan ini memang anti-gay+lembut & menolak 100% lelaki yg sopan ini. kalau nak menolak lelaki pondan@gay ni tak pa la..sebab memang nabi pernah buat camtu [lihat sini] ,
tapi janganlah menolak lelaki yg lembut ini…jangan cerca mereka…jangan hina mereka. Terimalah mereka seadanya…bersyukurlah kerana mereka terima fitrah kejadian mereka berbanding si pondan dan si gay .
- Jangan kuat menghina orang , nanti dapat dosa tak masuk syurga padan muka. Bila kawin nanti , dapat anak gay pulak. ahh sudahh. hahaha.
- Sentiasa bersyukur akan fitrah kejadian kita. Kalau kita diciptakan oleh Allah menjadi lelaki hensem, kita perlu terima seadanyaa. yelah , nak buat macam manaa kaann.. hahahaha

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive