Pengikut Boyzzonne

Friday, August 31, 2012

Jutawan Belanjakan RM500,00 Untuk Beli Anjing




Berapa wang yang selalu anda belanjakan untuk membeli haiwan peliharaan?
Atau berapa bajet yang anda laburkan setiap bulan untuk membeli keperluan haiwan peliharaan anda?
Mungkin kosnya tidaklah terlalu tinggi jika mahu dibandingkan dengan apa yang berlaku di China.
Sorang jutawan perniagaan arang batu,  telah melaburkan 10 juta yuan (RM500,000) untuk membeli
anjing, Red Tibetan Mastiff.
Ia kononnya baka Cina tulen dan jarang ditemui di luar Tibet, itulah sebabnya ia adalah sering diperoleh dengan harga yang tinggi.
Apabila ditanya mengapa dia sanggup menghabiskan wang dengan sebegitu banyak, dia hanya berkata “Sekadar Untuk Suka-Suka”.
Anjing berkenaan berusia 11 bulan, berketinggian 80 sentimeter, 1 meter lebar dan 80 kilogram berat malah kelihatan seperti seekor anak singa.
Warnanya yang merah keperangan itu juga dipercayai akan membawa tuah kepada pemiliknya.
Anjing jenis ini juga memerlukan keperluan diet yang ketat, anda jangan ingat ia hanya makan makanan anjing!
Ia makan daging lembu dan ayam, malah sesekali diberikan makan timun laut yang sudah sememangnya mahal.
Pengusaha arang batu tersebut, turut melantik pembiak baka profesional.
“Saya ingin ia hidup dengan satu persekitaraan yang aman di rumah saya iaitu Shanxi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive