Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 29, 2012

Maut Ketika Upacara Tradisi Trash The Dress


Montreal – Tragedi malang menimpa pengantin baru, Maria Pantazopoulos selepas dia lemas ketika melakukan upacara tradisi `Trash The Dress’ iaitu acara mengotorkan baju pengantin.
Kejadian berlaku di
Sungai Ouareau ketika ejen hartanah itu bersama jurugambar, Louis Pagakis sedang merakamkan saat-saat dia mengotorkan baju pengantin.
Namun ketika sedang melakukan aksi terapung, Maria yang memakai baju pengantin seberat 100 paun itu tidak dapat menyelamatkan diri selepas baju itu tenggelam akibat terkena air.
Biarpun Pagakis cuba membantu menariknya ke permukaan sungai, namun Maria terus tenggelam sambil memakai baju pengantin yang berat itu.
“Saya cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan Maria.
“Pada mulanya dia meminta saya merakamkan aksi dia berendam dalam air bersama baju pengantin itu, namun sebaik melangkah ke dalam sungai, baju itu menjadi sungguh berat dan tenggelam,’’ kata Pagakis.
Pagakis terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami kejutan yang melampau akibat kejadian berkenaan.
Dalam pada itu, mayat Maria ditemui di dasar sungai oleh seorang penyelam persendirian yang mengetahui selok belok sungai tersebut.
Dia secara sukarela membantu mengesan mayat Maria.
Mayat Maria ditemui pada kedalaman 20 kaki di dasar sungai.
Sementara itu, keluarga Maria dalam satu kenyataan memaklumkan, penganti wanita memilih sungai tersebut kerana percaya ia selamat .
“Apa yang pasti mengenai Maria ialah dia tidak akan sanggup mengambil risiko sekiranya dia tahu tempat itu tidak selamat malah keluarga dan suaminya juga akan melarang jika mereka mengetahui mengenai tempat itu.
“Mendiang juga percaya dengan cadangan Pagakis bahawa tempat itu selamat, sebab itulah dia ke sana,’’ kata kenyataan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive