Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 28, 2012

Bekas Tunang Apex, Elia Sudah Berkahwin?


Anda masih ingat lagi dengan gadis bernama Elia atau lebih dikenali sebagai si jejari runcing menerusi penulisan di laman blog?
Elia dahulu pernah berpacaran dengan penjaga gol skuad kebangsaan negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dipanggil Apex.
Diri dan personaliti Elia dikenali umum setelah
hubungan cinta mereka diketahui ramai pihak.
Malah, hubungan mereka pernah berlanjutan hingga mengikat tali pertunangan.
Namun, ikatan itu tidak berkekalan dan mencetuskan kontroversi apabila punca mereka terputus tunang tidak dapat diketahui.
Sejak dari itu, tiada lagi kisah antara mereka diceritakan atau dikaitkan.
Yang ada cumalah cerita sensasi dan kontroversi yang terpalit dalam hidup Apex sahaja.
Sekarang ini, dikhabarkan Elia sudah pun berkahwin. Benarkah?
Menerusi penulisan di blognya,jejariruncing.blogspot.com., Elia hanya menulis tajuk entri ‘Teaser ;)’ yang menceritakan suasana perkahwinan secara ringkas.
Turut diletakkan sekali adalah gambar-gambar akad nikah seorang gadis yang mirip wajah sepertinya serta beberapa keping gambar suasana majlis bahagia itu sedang berlangsung.
Tetapi, gambar si gadis itu tidak menampakkan wajah yang terang dan seterusnya menimbulkan tanda tanya kepada pembaca setia blognya.
Elia juga turut menyatakan yang dia bersyukur kerana majlis di sebelah pihak sudah berjalan dengan lancar.
Cuma, minggu ini masanya masih lagi sibuk dan tidak dapat menceritakan dengan lebih lanjut memandangkan resepsi perkahwinan sebelah pihak lagi akan berlangsung pada minggu ini.
Yang menjadi persoalannya, benarkah Elia yang berkahwin? Nampaknya, Elia hanya bermain teka-teki dan membiarkan pembaca tertanya-tanya benarkah dia sudah menamatkan zaman bujangnya selepas kecewa dengan Apex.
Ada juga beberapa pembaca yang memberikan komen yang mengucapkan tahniah di atas hari bahagia Elia.
Juga, ada yang tertanya-tanya siapakah gadis yang di dalam gambar yang tersorok wajahnya.
Apa-apa pun, tidak kiralah siapa pun yang melangsungkan perkahwinan dalam keluarga Elia, tahniah diucapkan.
Kalau benar Elia sendiri yang sudah berkahwin, tahniah juga dari Mynewshub.my.
Sekurang-kurangnya, Elia sudah pun mempunyai pengganti Apex. Tak gitu?
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive