Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 1, 2012

Kes siti Norzana | Tunggu urusan imigresen


KUALA LUMPUR - Nordi Adi, bapa kepada Siti Norzana, 12, kanak-kanak yang menjadi mangsa pemerdagangan orang, menaruh harapan anaknya itu dapat diselamatkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-55 tahun ini.
Ini berikutan, Siti Norzana yang kini berada di Tulang Bawang, Lampung, Indonesia juga lahir pada
tarikh yang sama iaitu 31 Ogos 2000.
"Usaha saya untuk bawa pulang sendiri Siti Norzana sebelum 31 Ogos tidak tercapai kerana orang yang membeli anak saya sangat ganas dan bertindak samseng, mujurlah saya berpatah balik, jika tidak kemungkinan saya cuma tinggal nama," katanya pada sidang akhbar bersama Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO di sini semalam.
Turut hadir, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh.
Selasa lalu, Nordi nekad ke negara tersebut untuk membawa pulang Siti Norzana tetapi dia dinasihat untuk tidak meneruskan hasrat tersebut atas faktor keselamatan.
Nordi sebelum ini mendapatkan bantuan Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO untuk menyelamatkan empat anaknya yang didakwa diculik dan disimpan oleh ibu tiri mereka di Lampung, Indonesia, sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, hanya tiga anaknya, Nurul Safiza, 11, Muhammad Nurhan, 9, dan Nur Masyita Amiera, 8, berjaya diselamatkan manakala Siti Norzana tidak dapat dibawa bersama pada 30 Jun lalu selepas Suwwandi Kariorojo, 44, yang mendakwa sebagai bapa angkat kanak-kanak itu enggan membenarkannya pulang ke Malaysia.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive