Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 29, 2012

Simpati bawa maut


KOTA KINABALU: “Saya melihat darah mengalir deras dari leher adik sebelum dia rebah,” kata Faratih Daud, 55, menceritakan kejadian adiknya, Bibia Daud, 40, mati dikelar di leher oleh lelaki yang menumpang rumahnya di
Kampung Cenderakasih, Kolombong, di sini, kelmarin.

Seorang lagi penghuni rumah yang didiami beramai-ramai itu, Aminah Daud, 30, turut maut dalam kejadian jam 7 malam, namun kedua-duanya tidak mempunyai hubungan kekeluargaan. 

Kejadian itu turut menyebabkan suami Bibia, Ailin Aminung, 52, dan suspek yang berusia 30-an cedera parah selepas dipercayai berlaku pergelutan antara mereka.

Menurut Faratih, ketika kejadian, dia sedang memasak di dapur sebelum terdengar bunyi bising di ruang tamu dan melihat Bibia memegang lehernya yang berlumuran darah.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive