Wah…kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips-tips dan panduan yang saya gunakan apabila keluar dating dengan gadis-gadis Mrs Teddy. Mungkin ada sesetengah tips yang saya gunakan di sini tidak beberapa sesuai untuk
anda. Tetapi diharapkan sedikit sebanyak tips yang saya catatkan di sini dapat diguna pakai ketika anda keluar dating dengan orang yang anda sayang… Phewit…!!!
Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dilakukan
Rancang Terlebih Dahulu
Yup! Inilah yang paling penting. Anda perlu merancang terlebih dahulu masa dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti. Selain daripada itu, anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau tidak. Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting agar poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.
Pakaian Jangan Over
Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, stylo mylo, funky, geek dan sebagainya? Bagi saya, tidak perlu itu semua. Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh. Anda perlu ingat, tujuan kita keluar adalah untuk pergi dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.

Teman Dia Ke Mana Saja
Tidak sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju, kedai kasut dan sebagainya. Kalau dia nak singgah tu, ikut sajalah ke mana dia nak pergi. Kalau anda tak larat nak temankan dia, duduk sajalah di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. Saya selalu gunakan tips ni semasa di kedai kasut. Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia pergi. Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan pendapat tentang baju ke, kasut ke, atau barang-barang yang dia nak beli. Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan beli tetapi, at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman dan melayan permintaan dia dengan sebaiknya.

Berikan Pendapat Jika Ditanya
Dan lagi satu, apabila ditanya untuk berikan pendapat, cuba berikan pendapat anda dengan seikhlas yang mungkin. Saya kadang-kala ada juga mengada-ngada menterbalikkan pendapat saya. Saja nak bergurau-gurau la katakan. Apabila baju tu lawa, saya cakap tak lawa. Bila kasut tu tak sesuai, saya cakap sesuai. Gedik kan? Tetapi memang saya suka buat macam tu. Dan lepas tu kena pandai-pandailah pujuk balik bila dah nampak mulut dia semacam je muncungnya.

Jangan Jadi Bisu
Semasa sedang berjalan-jalan tu, jangan biarkan suasana menjadi bisu. Cuba bangkitkan beberapa topik perbualan supaya Si Dia tidak berasa bosan apabila keluar dating dengan anda. Sebagai contoh yang mudah, cuba berikan pendapat anda tentang filem yang ditonton. Cuba gunakan apa-apa perkara yang menarik dalam filem tersebut ke dalam topik perbualan anda. Dengan itu, sedikit sebanyak dating anda tidaklah bosan dan sunyi sahaja. Tetapi perlu diingatkan, berhati-hati ketika memilih topik perbualan. Jika anda salah pilih topik, payah juga untuk menceriakan semula keadaan.

Buat Si Dia Ketawa
Part ini adalah part yang saya rasa sukar bagi sesetengah orang. Bagi kepada mereka yang ringan mulut, saya rasa mereka tidak akan mengalami masalah. Cara ini adalah bagus kerana bukan sahaja Si Dia akan berasa gembira malah ianya akan memberikan Si Dia kekuatan kerana andalah penyeri hidupnya apabila Si Dia berasa kesunyian atau pun keseorangan.

Aktiviti Ketika Keluar Dating
Menonton Wayang
Tadi ada disebut pasal aktiviti. Dan ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib apabila saya dan Mrs Teddy keluar dating. Setiap kali dating, saya akan beli dua tiket wayang untuk dua cerita filem yang berbeza. Bagi sesetengah orang, mereka akan berkata, “Kenapa la korang buang masa tengok wayang? Bosan la weh tengok wayang tu…”. Well, bagi pendapat saya, dengan menonton wayang ini lah kita akan mempunyai masa yang panjang untuk bersama-sama dengan teman istimewa kita. Disamping itu, kita juga dapat berkongsi pendapat dan bercerita tentang cerita yang ditonton. Jadi, tidaklah berasa bosan sepanjang kita keluar dating nanti.
Makan Bersama
Ha, ini lagi satu perkara yang wajib dan mesti dan sesungguhnya aktiviti yang patut anda rancangkan ketika keluar dating. Tidak kisahlah samada pergi sarapan ke, makan tengahari ke, makan malam ke, tetapi aktiviti makan bersama ini perlu ada dalam perancangan aktiviti dating anda. Macam saya dan Mrs Teddy, setiap kali keluar je, mesti kami akan makan tengahari bersama-sama, minum petang bersama-sama dan akhir sekali, makan malam bersama-sama. Banyak betul kan kami makan? Hahaha… Memang banyak berbelanja kalau keluar dating ni. Itu sebabnya saya katakan di awal-awal tadi bahawa perancangan adalah penting.

Bermain Bowling
Kalau ada duit lebih, saya dan Mrs Teddy akan bermain bowling. Walaupun saya tidaklah sehebat mana, tetapi boleh la nak kalahkan Mrs Teddy tu. Kacang je kalau nak kalahkan Mrs Teddy. Hehehe… Tetapi, saya pernah juga kalah dengan Mrs Teddy. Itu pun saya saja je bagi dia peluang menang. Kalau tak, mahu nya dia merayu-rayu minta handicap. Mana boleh…!!! (Padahal memang saya kalah pun sebenarnya…)

Ambil Gambar Kenangan
Walaupun ianya tidak penting, tetapi kalau boleh ambillah gambar sebagai kenang-kenangan apabila keluar dating nanti. Bukannya apa, bagi saya setiap hari yang kita luangkan dan setiap masa yang kita berikan adalah berbeza dari dating-dating yang kita pernah dan akan lalui. Mungkin apabila kita melihat semula gambar-gambar tersebut, kita akan teringat kembali peristiwa lucu dan kelakar semasa mengambil gambar itu. Tidakkah ianya akan mengembalikan nostalgia pada diri anda suatu hari nanti?

Hurm…jadi, itulah dia sedikit sebanyak tips dating yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua. Seperti yang saya katakan di awal-awal entri ini, sesetengah tips ini sesuai digunakan oleh anda sekalian. Tetapi terdapat juga sesetengah tips tidak beberapa sesuai digunakan pada keadaan-keadaan tertentu. Jadi, terpulanglah pada anda untuk lakukan apa yang patut.
Sumber: Tentangcinta.com
No comments:
Post a Comment