Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 6.15 pagi itu, Sharifah Abdul Razak, 35, dan rakannya L. Arumugam, 63, menaiki sebuah
kereta Perodua Kancil dari arah Seremban menuju ke Bukit Emas untuk menjual bunga dan surat khabar.
"Difahamkan setibanya di satu selekoh, sebuah kereta Proton Wira dari arah belakang dipercayai tiba-tiba hilang kawalan, lalu melanggar bahagian belakang kereta dinaiki mangsa.
"Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik di sebelah kiri jalan. Mangsa yang duduk di bahagian penumpang tercampak keluar," katanya kepada pemberita, di sini.
Mangsa yang parah pada badan dan kepala mati di tempat kejadian manakala rakannya yang turut cedera parah kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
Sementara itu, pemandu kereta Proton Wira berusia lingkungan 20-an hanya mengalami cedera ringan dan mendapatkan rawatan di HTJS sebagai pesakit luar.
Sumber: Bernama
No comments:
Post a Comment