Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 29, 2012

Siapa Kata Fasha Sanda Tak Diterima Ibu Mertua?


Ketika pelakon wanita, Fasha Sanda berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada bulan April lalu, ramai yang memperkatakan isu mengenai Fasha tidak diterima sebagai menantu oleh ibu Jejai, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Semuanya berpunca dari cakap-cakap orang yang
timbul selepas kelibat ibu mertuanya itu tidak ada sewaktu majlis resepsi Fasha dan Jejai di Hotel Crowne Plaza Mutiara.
Hanya seramai 250 tetamu yang hadir ketika majlis akad nikah mereka.
Turut kelihatan, kehadiran bapa Jejai seorang diri sahaja tanpa ibunya di sisi.
Dari situlah orang ramai mengatakan yang ibu Jejai tidak hadir ke majlis berbahagia itu kerana tidak menerima Fasha sebagai menantu dalam keluarga mereka.
Malah, Fasha juga pernah mengeluarkan kenyataan enggan mengulas mengenai kontroversi yang melibatkan keluarga mertuanya.
Namun, ketika umat Islam bergembira menyambut Syawal saat ini, satu berita gembira yang mungkin mampu menepis cerita negatif yang pernah terpalit dalam hidup Fashan sewaktu di awal kebahagiaan dia bergelar isteri Jejai.
Terdapat beberapa keping gambar yang melihatkan betapa bahagianya Fasha menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga Jejai.
Cuma, Jejai dan Fasha tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri awal bersama keluarganya kerana Jejai terlibat dalam perlumbaan kereta di China.
Jadi, dengan adanya gambar-gambar yang memaparkan kegembiraan mereka sekeluarga dapatlah melenyapkan cerita yang tidak benar yang sebelum ini dicanang ramai.
Dan semoga juga, Fasha yang sedang hamil anak sulung ketika ini mampu menambahkan lagi kegembiraan ke dalam keluarga Jejai.
Foto: Beautifulnara.com

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive