Pengikut Boyzzonne

Thursday, August 30, 2012

Polis tunggu keputusan DNA kes sumbang mahram babitkan pemimpin pembangkang


KUANTAN - Polis sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sumbang mahram membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dan anak lelakinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran (gambar) berkata, sampel darah kedua-dua beranak itu telah
dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti.
"Hasil daripada ujian, baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang pemimpin kanan parti pembangkang dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun bagi mem bantu siasatan satu kes sumbang mahram.
Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lepas dan dibebaskan kelmarin dengan jaminan polis.
Tangkapan itu dibuat selepas anak perempuan pemimpin pembangkang itu yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor.
Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di rumah perlindungan di Cheras.
Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah bertanding pada pilihan raya umum lalu sebagai calon parti pembangkang untuk kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Jerantut.
Katanya, lelaki berusia 59 tahun itu mempunyai dua isteri dan 11 anak berusia antara enam hingga 31 tahun. - Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive