Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 29, 2012

Jejak Kasih | 4 beradik berlainan agama lepas rindu 59 tahun

BERSATU...Normah (duduk dua dari kiri) ditemani anaknya, Nuraida Mohd Ali (kiri) bersama adik-beradik dan saudara-maranya yang terpisah 59 tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Selepas 59 tahun terpisah, empat beradik berlainan agama akhirnya bertemu semula dalam suasana penuh emosi, semalam.
Pertemuan Normah Hashim, 59, dengan tiga adik-beradiknya, diatur Biro Pengaduan Awam MCA.

“Saya terpisah daripada keluarga kandung selepas diserahkan kepada
suami isteri berbangsa Melayu ketika berusia tiga bulan berikutan kesempitan hidup.
“Arwah ibu bapa angkat memberitahu saya mempunyai kembar dan keluarga kandung berniaga air di tepi jalan di Pekan Kulim, Kedah,” kata Normah.

Beliau berkata, dia cuba mengesan keluarga kandungnya itu sejak 23 tahun lalu sebaik diberitahu arwah bapanya, namun menemui jalan buntu.

Menurutnya, dia gembira usahanya itu menjadi realiti dengan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA.
“Saya bertambah gembira dan terkejut apabila diberitahu yang saya sebenarnya ada seorang adik lelaki kembar,” katanya.

Kakak kedua Normah, Teo Hooi Nai, 63, turut berterima kasih kepada biro berkenaan yang dipengerusikan Datuk Seri Micheal Chong kerana mempertemukan dia dan Normah yang terpisah selama 59 tahun itu.
Katanya, dia dan adik-beradik lain juga pernah cuba mengesan Normah atau nama keluarganya, Teow Hooi Sang menerusi siaran televisyen, namun tiada sebarang khabar diterima.

“Kini, kami sekeluarga telah disatukan dan perasaan kami amat gembira walaupun Normah beragama lain daripada kami.

“Selepas 59 tahun tidak pernah bersua muka, pasti banyak perkara ingin diceritakan antara kami,” kata Hooi Nai.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive