Rakaman CCTV menunjukkan beberapa orang bertindak memukul dan memecahkan cermin lori milik keluarga mangsa sambil ada yang membaling objek berapi ke dalam rumah. |
KALUMPANG - Akibat dendam, sekumpulan ahli kongsi gelap bertindak memecahkan cermin empat kenderaan dan membakarnya serta membaling objek dipercayai berisi minyak tanah ke dalam rumah sebuah keluarga di Taman Musabika di sini dalam kejadian
amuk awal pagi semalam.Amukan lebih 10 orang lelaki yang sebahagiannya bertopeng itu disasarkan terhadap tiga keluarga bersaudara dengan motif menakut-nakutkan mangsa.
Salah seorang mangsa, G Gunasegaran, 24, berkata, kejadian jam 12.48 pagi itu dipercayai dilakukan ahli ‘geng 08’ yang bersenjatakan parang, besi serta kayu hoki.
“Ketika kejadian kami semua sudah tidur dan dikejutkan dengan bunyi bising serta dentuman.
“Kami lihat mereka bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta dan lori serta membaling objek berapi seperti bom minyak tanah ke badan lori dan ruang garaj rumah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.
Menurutnya, isterinya yang terkejut dengan tindakan itu menggigil ketakutan sambil menangis.
Katanya, kumpulan penjenayah itu datang menaiki dua kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam dan Pajero warna cerah sebelum beredar lima minit kemudian.
Gunasegaran berkata, mereka bernasib baik kerana penjenayah terbabit lari setelah mendengar jeritan ibunya di rumah bersebelahan.
Ahli keluarga mangsa menunjukkan cermin kereta Waja yang dipecahkan penjenayah terbabit. |
Gunasegaran menunjukkan cermin pintu rumahnya pecah akibat dibaling dengan objek keras. |
Rakaman CCTV menunjukkan beberapa orang bertindak memukul dan memecahkan cermin lori milik keluarga mangsa sambil ada yang membaling objek berapi ke dalam rumah. |
“Semuanya ketika itu cemas dan ketakutan kerana melihat tindakan ganas penjenayah tersebut dan tidak ada seorang pun berani keluar bimbang dicederakan.
“Kami hanya dapat melihat kereta Proton Waja, Perodua Kancil, lori tiga tan dan Naza Kia dipecahkan dengan hentakan berkali-kali menggunakan parang, besi dan kayu hoki,” katanya.
Katanya, mereka bernasib baik kerana kamera litar tertutup (CCTV) yang baru di pasang beberapa hari lalu dapat merakam kejadian itu.
Menurutnya, rakaman awal kira-kira lapan minit sebelum kejadian itu menunjukkan seorang lelaki dikenali mangsa melalui hadapan rumah mereka menaiki motosikal sambil menggunakan telefon bimbit dipercayai untuk memberi maklumat keadaan rumah mangsa kepada kumpulan terbabit.
Gunasegaran berkata, kejadian itu menjadi peristiwa hitam dalam keluarganya dan percaya dalangnya adalah ahli ‘geng 08’ yang sebahagiannya dikenali mangsa.
Difahamkan, ketua kumpulan itu telah ditahan pihak berkuasa berhubung kes ugutan menyebabkan anak buahnya datang bagi menakut-nakutkan keluarga mangsa.
Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka kini tinggal dalam ketakutan sehingga merasakan sudah tidak selamat.
Menurutnya, kewujudan geng tersebut di mana ahlinya daripada kalangan penduduk taman berdekatan menggusarkan lagi perasaan mereka.
Justeru, dia berharap pihak berkuasa bertindak tegas dengan menahan kesemua penjenayah terlibat dan mengenakan hukuman setimpal bagi mengelak kejadian sama berulang.
Halau penjenayah keluar
Keganasan dilakukan sekumpulan penjenayah dipercayai ahli ‘geng 08’ terhadap tiga keluarga di Taman Musabika semalam turut menimbulkan kebimbangan penduduk taman berkenaan.
Penduduk yang juga Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Hulu Selangor, B Raja Kumar, 31, berkata, tindakan kumpulan terbabit menjadi ancaman keselamatan terhadap penduduk dan hanya dengan menghalau mereka keluar daerah menjadi penyelesaian.
“Mereka semakin berani dan menunjukkan belang sehingga sanggup bertindak mengugut penduduk di sini.
“Kewujudan kumpulan ini sudah disedari lama kerana kegiatan mereka menconteng papan-papan tanda dengan simbol 08 kelihatan di semua tempat, tetapi sekarang mereka bertindak kejam,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Menurutnya, kumpulan terbabit dikatakan wujud sejak lebih tiga tahun lalu dan pengaruhnya semakin meluas.
Katanya, tidak cukup dengan ahli samseng, geng terbabit turut mempengaruhi remaja termasuk pelajar sekolah menyertai mereka.
Raja Kumar berkata, walaupun tidak pernah mendatangkan kecederaan tetapi tidak mustahil kumpulan itu akan bertindak lebih ganas jika tidak dihalang.
“Kita bimbang kejadian lebih buruk berlaku kerana tindak-tanduk mereka semalam sudah cukup menakutkan penduduk.
“Mereka langsung tidak menghiraukan keselamatan orang lain,” katanya.

No comments:
Post a Comment