Pengikut Boyzzonne

Monday, May 21, 2012

MSN anjur kejohanan bola sepak cari pelapis




KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) akan menganjurkan kejohanan bola sepak "Champion Of Champions" buat kali kedua khusus bagi pemain berumur bawah 12 tahun.  Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin, berkata objektif utama penganjuran adalah bagi mencari pasukan "juara dalam kalangan juara" untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan.
"Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan yang pernah menjadi juara mana-mana kejohanan peringkat daerah ataupun negeri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata hanya 16 pasukan terbaik akan dipilih untuk beraksi padab kejohanan secara karnival itu.
 "Oleh kerana hadiah yang bakal diterima agak tinggi iaitu RM10,000 bai juara, pemilihan pasukan akan dibuat secara teliti oleh jawatankuasa pertandingan agar hanya pasukan terbaik dipilih untuk menyertai kejohanan itu," katanya
MSN belum menetapkan lokasi kejohanan yang dijadual berlangsung pada November ini.
Pada tahun lepas Kejohanan Champion of Champions yang berlangsung di Muar, Johor, mendapat sambutan yang menggalakkan, kata Jefri. -  Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive