Pengikut Boyzzonne

Wednesday, May 23, 2012

Sayang Bawa Rebah

Hidup kaya dosa


HIDUP KAYA DOSA

Tak pernah saya lihat ibu menangis sebegitu hanya kerana mempunyai anak tak berguna seperti saya. Saya berasa diri  begitu bodoh mengikut kata teman lelaki yang mahu berseronok.
“Sejak dua bulan lalu saya tidak lena tidur memikirkan dosa-dosa saya yang terlanjur dengan teman lelaki sehingga melahirkan tiga anak. Saya sedar semua ini salah, tetapi saya harap diberikan peluang kedua.
CERITA...Noni menceritakan pengalamannya kepada Muhd Khairul, semalam.
“Disebabkan kesempitan hidup, saya menyerahkan mereka kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menyara kehidupan mereka tambahan pula hidup sendiri pun tidak terurus,” katanya yang menyerahkan tiga anaknya kepada keluarga angkat termasuk yang dikandung kepada sebuah pertubuhan hasil hubungan terlarang sejak enam tahun lalu.

“Bukan saja perlu menjaga anak-anak seorang diri, saya terpaksa menanggung kehidupannya (teman lelaki) kerana dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya menghabiskan masa dengan tidur di rumah,” kata Noni, 26 yang kini hamil anak keempat hasil hubungan luar nikah dengan teman lelakinya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive