Pengikut Boyzzonne

Tuesday, April 30, 2013

Guru Rakam Adegan Panas Dengan Pelajar Bawah Umur Di Penjara

Guru Rakam Adegan Panas Dengan Pelajar Bawah Umur Di Penjara - aravind-s-menon-ex-teacher-jailed-year-sex-underaged-student-in-singaporeSeorang bekas guru drama di Singapura yang melakukan hubungan seks dengan pelajarnya …

yang berusia 14 tahun dan merakam adegan itu dijatuhkan hukuman penjara setahun Khamis lalu.

Hakim daerah Siva Shanmugam berkata Aravind S Menon “telah menyalahgunakan kepercayaan dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai guru” apabila dia melakukan perbuatan itu pada 2009.
Hakim menggelar perbuatannya merakam satu daripada aksi mereka sebagai “amat dikesali”.
Menon, 25, mengaku bersalah pada 11 April lalu kerana melakukan seks dengan pasangannya yang berusia di bawah 16 tahun.

Aravind S Menon

Mahkamah kemudian diberitahu dia bekerja dua kali seminggu di sekolah itu sebagai sukarelawan ketika remaja terbabit menyertai persatuan dramanya pada Mac 2008.


Remaja itu mula meluahkan kepada Menon yang berusia 20 tahun ketika itu mengenai masalahnya di rumah dan di sekolah.


Mereka mula rapat dan melakukan hubungan seks buat kali pertama di kediaman Menon di Choa Chu Kang pada Mei 2009.
Bimbang hamil, remaja terbabit menggunakan alat ujian kehamilan pada 31 Mei di kediaman Menon. Keputusannya negatif tetapi Menon terus melakukan hubungan seks bersama remaja itu pada hari sama dan sekali lagi pada Julai. Dia turut merakam satu daripada aksi mereka di telefon bimbitnya dan menyimpannya di komputernya.


Pada akhir Julai, ibu bapa remaja itu membaca mesej Menon di telefon bimbit pelajar terbabit dan menyuruhnya memutuskan hubungan mereka.
Bapanya turut memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai kecurigaannya dan Menon kemudian dipecat.


Pada Ogos 2009, remaja itu menghantar mesej pesanan ringkas kepada Menon dan memberitahu dia mahu menamatkan hubungan mereka sebelum Menon mengancam akan mencederakan keluarganya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive