Pengikut Boyzzonne

Thursday, May 2, 2013

Gadis maut kereta dipandu kekasih terbabas


GEORGE TOWN – Seorang gadis terbunuh apabila kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu teman lelakinya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini semalam.
Kejadian berhadapan pencawang Tenaga Nasional Berhad pada pukul 1 pagi itu mengakibatkan Nur Syafrina Aqmar Mohd. Rafie, 24, mati di tempat kejadian selepas mengalami
cedera parah di muka dan badan.
Teman lelakinya hanya mengalami cedera ringan di kepala dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang.
Sebuah lagi kenderaan yang dirempuh mangsa membabitkan kereta Proton Satria Neo. Pemandu kereta itu dan rakan wanita cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng memberitahu, mangsa dan kekasihnya dalam perjalanan dari pusat bandar ke Bayan Lepas.
Sumber :KOsmo

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive