Pengikut Boyzzonne

Tuesday, April 30, 2013

Rasulullah S. A. W Menyarankan Kita Berdoa Bila Haiwan Ini Berbunyi

images (2)kokokan ayam jantan

Sebagai peringatan bagi yang tahu, dan sebagai ilmu baru yang tak tak pernah tau.

Sebenarnya ia bermula suatu pagi dalam sekitar 4.00 pagi. Saya terbangun waktu tu kerana perut yang lapar. Kebetulan semenjak balik dari tempat kerja saya tak menjamah sebarang makanan pun.
Itu yang menyebabkan saya agak kebuluran.
Khusyuknya saya di meja makan dengan satu gelas air blackcurrent, tiba-tiba umi keluar. Bersiap sedia melakukan rutinnya di waktu sebelum subuh. Saya mandang umi sambil tersengih.
"Bangun tidur je, lapar. Tu yang makan nasi sepinggan," saya bagitau dalam gelak. Cepat-cepat sebelum umi sempat bertanya.
"Dah tu, dah solat Isyak belum?"umi risau kalau-kalau anaknya ini terus tertidur malam tadi sebaik  saja balik dari tempat kerja.
Memang patut pun umi tanya. Sebab selalunya walaupun dah balik dari kerja, saya akan spend masa depan tv sekejap. Tapi, malam tadi masuk bilik tak keluar-keluar.
"Dah solat dah sebelum tidur"  sambil menyuap makanan dengan penuh selera.
Tetiba terdengar ayam berkokok.

jemput makan umi


"Umi, awalkan ayam jiran sebelah
bangun? Agaknya lapar jugak lah tu" saja saya buat lawak yang tak kelakar pagi-pagi.
"Ish... jiran sebelah mana ada bela ayam"
"Ha, ye ke? Habis tu, ayam hutan lah ya umi?"
"Ayam yang bunyi dari mana tu pulak yang di kisah. Ayam berkokok waktu-waktu sebegini bererti ayam tu melihat kelibat malaikat yang turun dari langit,"
"Ait, tak pernah dengar pun. Betul ke?" Sungguh inilah pertama kali saya mendengar.

"Ala komannya, takkan pernah dengar?" tanya umi balik. Umi memang suka gurau macam tu :)
"Tak pernah betul ni"
"Iya, betul. Kalau dengar ayam berkokok tu tandanya ia ternampak malaikat. Kalau terdengar anjing menyalak tandanya ternampak sayitan," sambung umi bila nampak saya berkerut-kerut dahi la agaknya.
Telan air liur sekejap dengar penjelasan umi. Sebenarnya pasal anjing ada pernah dengar. Tapi, ingat semua tu cakap-cakap orang tua-tua dulu.
Teringat waktu-waktu malam yang kawasannya penuh dengan salakan anjing.
"Waktu-waktu sekarang ni lah kita di sarankan berdoa. Insya Allah Malaikat akan turut doakan dan aminkan untuk kita. Ada dalam hadis nabi ni," umi kemudiannya berlalu menuju ke bilik solat.

"umi banyak mengajar"


***
Daripada peristiwa itulah saya tekad mencari hadis yang dimaksudkan lalu terjumlah.
1. Sabda Rasulullah s.a.w


إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيْكَةِ فَاسْأَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيْقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوْا بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا
Maksudnya: "Apabila kamu sekaliannya mendengar ayam jantan berkokok, mohonlah rahmat Allah s.w.t kerana ia sedang melihat Malaikat. Tapi, apabila enkau mendengar keldai berbunyi, mintalah perlindungan dari Allah s.w.t dari gangguan syaitan. Sesungguhnya ia sedang melihat syaitan"- Hadis al-Bukhari dan Muslim.

2. Kemudian saya terjumpa lagi satu hadis Nabi Muhammad s.a.w yang di riwayatkan Abu Daud:

"Ketika kamu mendengar salakan anjing ataupun rengekan keldai pada waktu malam, hendaklah kamu minta perlindungan kepada Allah kerana mereka nampak apa yang kamu tidak nampak"
  • Sekarang saya tau antara hikmah kenapa umat islam disarankan bertahajud atau qiamullail di sepertiga malam.
  • Kerana waktu-waktu ini jugalah antara doa-doa yang sangat mustajab, malah akan di aminkan para malaikat yang turun ketika waktu itu.  Dan semestinya doa-doa yang sangat menjadi Perhatian Allah :)

#Beramal daripada ilmu yang kita tahu dan faham adalah lebih baik daripada beramal tanpa ilmu yang cukup tentangnya.
Semoga doa kita semua di makbulkan... Amin  :)
Wassalam.

Sumber

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive