Britain – Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang bapa kepada tiga anak lelaki sanggup melakukan hubungan seks dengan anjing selepas bekas isterinya, Kelly Thacker menolak ajakan lelaki berkenaan ke bilik tidur.
Perbuatan keji Nicholas Suanders, 46, dengan
anjing peliharaannya Sasha telah dilihat oleh Kelly menyebabkan dia yang terkejut dengan aksi terkutuk itu membuat laporan polis.
Namun selepas kes dibicarakan, Suanders terlepas hukuman penjara sebaliknya diarahkan menjalani program pemulihan untuk pesalah seks bagi menghilangkan tabiat peliknya itu.
Ketika kes dibicarakan, Kelly yang memberikan keterangan memaklumkan, dia telah mengunjungi rumah bekas suaminya itu pada pukul 2 pagi selepas lelaki berkenaan bergaduh dengan teman wanitanya.
Suanders kemudiannya memasuki bilik tidur sambil berbogel sebelum mengajak Kelly melakukan hubungan seks namun wanita itu enggan dan menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk melakukan hubungan intim.
Kelly kemudiannya turun ke bawah, namun dia naik semula ke atas selepas mendengar Suanders memanggil anjing mereka masuk ke dalam bilik.
Wanita itu kemudiannya mendapati Suanders sedang melakukan perbuatan terkutuk itu sedangkan ketika itu dua anak mereka yang telah remaja sedang tidur di bilik sebelah.
Saunders bagaimanapun menafikan tuduhan itu dengan alasan DNA anjing itu melekat di alat sulitnya kerana dia tidur berbogel bersama haiwan berkenaan.
Dalam pada itu, kesan perbuatannya telah menyebabkan anak-anaknya diejek dan masyarakat sekeliling turut memandang hina kepada keluarga berkenaan menyebabkan mereka merancang untuk berpindah dan memulakan kehidupan di tempat baru.
Dalam pada itu, peguam bela Saunders, Sarah Jenkins, berkata, adalah sukar bagi anak guamnya untuk menyekat masyarakat setempat daripada memperkatakan mengenai perkara itu.
No comments:
Post a Comment