Pengikut Boyzzonne

Monday, August 27, 2012

Bicara Isnin: Makan Kucing Bertentangan pesanan Nabi

DAGING kucing merupakan daging yang digemari malah mendapat permintaan ramai di beberapa negara. Selain sebagai binatang peliharaan, kucing masih diternak dan disembelih sebagai sumber protein di negara seperti Myanmar, Vietnam dan China.

Di negara-negara yang menyayangi kucing sebagai
haiwan peliharaan yang sewajarnya disayangi, menganggap memakan daging kucing adalah tindakan tabu dan bertentangan dengan kebiasaan manusia bertamadun sehingga amalan memakan daging haiwan comel itu di beberapa buah negara mendapat kecaman keras dunia.

Sama seperti di Malaysia, perbuatan memakan daging kucing oleh warga asing bukan Islam yang bekerja di sini sememangnya mendapat kecaman dan tohmahan daripada pelbagai rakyat tempatan pelbagai kaum tanpa mengira agama. Apa yang pasti, di negara ini, kucing dianggap haiwan peliharaan comel yang seharusnya disayangi dan bukanya dijadikan hidangan lauk malah melabelkan pemakan kucing sebagai kejam.

Malah, kepada umat Islam, perbuatan menyayangi kucing adalah dituntut.

Berkongsi informasi sama daripada beberapa blog dan laman sosial media Muslim mengenai haiwan comel ini, ada memaparkan kisah Rasulullah s.a.w dengan kucing kesayangan Baginda bernama Mueeza. Menerusi informasi dan kisah yang dikongsikan jelas menunjukkan bahawa kucing adalah haiwan peliharaan yang dipesan oleh Nabi agar dikasihi dan disayangi.

Turut dikisahkan, Nabi pernah bersabda bahawa kucing adalah haiwan yang tinggal di dalam rumah. Ini bermakna, kucing adalah haiwan peliharaan dan bukannya haiwan ternakan untuk dimakan.

Nabi juga berpesan kepada para sahabat supaya menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri.

Membuktikan betapa Rasulullah s.a.w menyayangi kucing, terdapat kisah di mana Baginda sanggup menggunting bahagian jubahnya semata-mata tidak mahu mengganggu Mueeza yang tidur lena di atas jubah tersebut.

Menerusi kisah ini, menunjukkan kucing adalah haiwan sangat dicintai Nabi dan perbuatan segelintir pemakan kucing bertentangan dengan pesanan Nabi.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive