BAGAN SERAI: “Saya merangkak keluar menerusi cermin hadapan trak yang pecah sambil memegang jari yang hampir putus,” kata Koperal Ahmad Aping, 52, seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah
trak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kenderaan pelbagai guna (MPV), di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi di Kilometer 197.2, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), arah utara berhampiran Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Gunung Semanggol itu, MPV dinaiki tiga penumpang hilang kawalan ketika cuba memotong deretan konvoi 10 trak PGA dari Batalion 3, Bidor, sebelum merempuh belakang sebuah trak berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan MPV jHonda Edix dan trak dinaiki tujuh anggota PGA Senoi Praq itu terbabas sebelum terhumban ke longkang di tepi lebuh raya. Kejadian menyebabkan seorang penumpang MPV dikenali Mohammad Saome, 30, yang juga pekerja asing warga Bangladesh maut.
tragiknye...ngeri pun ada...
ReplyDelete