Pengikut Boyzzonne

Wednesday, December 5, 2012

Suki OIAM, Jeremy kahwin 12.12.12


KUALA LUMPUR – Juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama, Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 22, mengumumkan bakal menamatkan zaman solo bersama
pengurusnya, Jeremy Chong pada 12 Disember ini.
Suki yang teruja bakal bergelar isteri kepada Jeremy, 30, tidak lama lagi berkata, tarikh 12.12.12 dipilih kerana ia kebetulan sehari selepas sambutan hari jadinya pada 11 Disember ini.
“Saya berasa selesa dan selamat apabila bersamanya apatah lagi dia sentiasa menemani ketika saya mengalami kesusahan.
“Saya tidak sabar menanti hari bahagia itu. Perbezaan usia saya dan dia bukan penghalang,” kata penyanyi lagu Terlalu Mencintaimu ketika sesi fotografi bersama Kosmo! di sini baru-baru ini.
kosmo

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive