Pengikut Boyzzonne

Monday, December 3, 2012

Wan Zack Haikal, Bintang Baru Harimau Malaya

Selepas Khairul Fahmi (Apek) dan Nazmi Faiz mencipta nama di Piala Suzuki AFF 2010, tahun 2012 menyaksikan bersinarnya bintang Wan Zack Haikal. Dilahirkan pada 28 Januari 1991 (21 tahun) di Kuala Lumpur, Wan Zack Haikal Bin Wan Noor merupakan pemain terbaik Liga Singapura pada tahun 2012.
Ketampanan wajah Wan Zack Haikal yang diibaratkan seperti Randy Pangalila mula mencuri perhatian gadis-gadis apabila menunjukkan mutu permainan yang sangat tinggi ketika Malaysia membelasah Laos 4-1. Sebentar tadi di dalam perlawanan menentang Indonesia, Wan Zack yang bermain di “right wing” telah menunjukkan persefahaman yang sangat baik dengan Mahali untuk membantu Harimau Malaya membenam Garuda 2-0.
wan zack haikal
Kepada gadis-gadis yang menaruh hati kepada Wan Zack, dinasihatkan supaya melupakan hasrat tersebut. Khabarnya hati jejaka tampan ini telah pun dicuri oleh seorang gadis. Mereka berdua memang sama cantik dan sama padan. Tak perlu jeles-jeles. Doakan sahaja kebahagiaan mereka.
wan zack haikal
Semoga Wan Zack akan meneruskan aksi cemerlangnya di perlawanan separuh akhir menentang Thailand kelak. admin percaya kehebatan Wan Zack akan dapat menarik minat kelab-kelab Eropah suatu hari nanti seperti yang telah dialami oleh Nazmi Faiz. Semoga bintang Wan Zack akan terus bersinar. Info Liyanaa.com.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive