Dua hari lalu, Kosmo! laporkan seorang wanita tidak di’kenali mula mengganggu kehidupan Fida Ibrahim dengan pelbagai hamburan kata kata pedas melalui SMS & panggilan.
Fida Ibrahim mendakwa yang hidup beliau mula di’ganggu oleh wanita itu selepas hubungan rapat beliau dengan Zalif Sidek menjadi satu perkara yang di’ketahui khalayak umum.
“Sejak cerita tentang hubungan kami tersebar, hidup saya tidak tenteram apabila dia yang mendakwa sebagai teman wanita Zalif mula mengganggu hidup saya,” ujar Fida Ibrahim.
“Tidak cukup dengan SMS, dia menelefon saya & menghambur kata-kata kesat agar menjauhkan diri daripada Zalif (Sidek)”
Oleh kerana gangguan wanita misteri ini, Fida Ibrahim berkata beliau tidak lagi membalas sebarang mesej dari Zalif Sidek & kini menganggap hubungan mereka sekadar kawan biasa.
Sumber: Rotikaya.com
No comments:
Post a Comment