Pengikut Boyzzonne

Friday, December 7, 2012

(Pelik) Wanita Taiwan mengahwini diri sendiri tanpa ada pasangan lelaki

kawin

Chen Wei-yin cantik memakai baju pengantin putih. Dia juga menggunakan perancang perkawinan untuk 30 tetamu undangannya. Namun, ada sesuatu yang tidak kelihatan iaitu pengantin lelaki. Rupa-rupanya Chen tidak perlu pengantin lelaki karena dia menikah dengan dirinya sendiri.

Gadis Taipei ini bertindak sedemikian kerana mendapat tekanan sosial untuk berkahwin sehingga perlu membuat resepsi pernikahan untuk dirinya sendiri. ”Usia 30-an (di Taiwan) adalah waktu emas. Pekerjaan dan karier saya berjalan baik, tetapi saya belum menemui pasangan. Apa yang dapat saya lakukan?” katanya.
”Saya bukannya anti perkahwinan, hanya berharap dapat menyampaikan aspirasi dalam cara yang berbeza,” ujarnya. Perkawinannya itu menelan belanja US5.675. Setelah ia disiarkan di internet, dia mendapat simpati tidak kurang dari 1.800 komentar.
Sumber

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive