Pengikut Boyzzonne

Monday, August 27, 2012

Selepas Khairul Fahmi Che Mat,Akmal Rizal pula terlibat kemalangan, tidak wakili Perak esok

MENJELANG perlawanan ketiga Piala Malaysia yang akan berlangsung esok, Perak bakal beraksi tanpa Akmal Rizal  kerana cedera terlibat dalam kemalangan malam semalam.

Selepas penjaga gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi terlibat dalam kemalangan di Bachok kelmarin, penyerang sensasi Perak, Akmal pula terlibat dalam
kemalangan di Bukit Beruntung, Selangor.

Kejadian berlaku sekitar jam 11 malam ekoran hujan lebat.

Akmal dikatakan tidak dapat mengawal kereta lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

"Keadaan hujan sangat lebat, saya tidak dapat mengawal kenderaan, kereta berpusing dua kali sebelum terbabas," katanya ketika di hubungi Sinar Harian Online hari ini.

Menurut Akmal, beliau bersama kedua ibu bapanya dalam perjalanan pulang ke Ipoh dari Putrajaya.

Akmal cedera di kepala dan leher akibat hentakan, namun dilaporkan stabil.

"Ayah saya mengalami luka-luka di kaki dan bengkak di rusuk apabila tercampak di tempat duduk belakang, manakala ibu saya turut mengalami bengkak di leher," katanya.

Beliau yang dirawat di Hospital Sungai Buloh telah melalui beberapa rawatan dan ujian sinar X-ray.

"Saya mendapat cuti sakit selama seminggu, namun saya akan pastikan keadaan saya benar-benar pulih baru saya akan turun menjalani latihan seperti biasa bersama rakan sepasukan yang lain," katanya lagi

Akmal turut meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat beraksi di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi menentang Negeri Sembilan esok.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive