Pengikut Boyzzonne

Monday, April 4, 2011

18 dianiaya ‘kontraktor halimunan’

RAWANG: Seramai 18 peniaga di Gerai Upen Kampung Koskan, di sini, menanggung keperitan, malah mendakwa dianiaya ‘kontraktor halimunan’ yang sehingga kini tidak menonjolkan diri.
Ini berikutan meter air utama yang dikira secara pukal oleh sebuah syarikat kontraktor dilantik Majlis Daerah Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor (MDKKB) dipotong Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dipercayai berpunca daripada jumlah tunggakan hutang yang ditanggung syarikat kontraktor terbabit.

Peniaga makanan, Zulkipli Sharin, 49, berkata masalah itu berlarutan hampir setahun dan menyebabkan peniaga menanggung kerugian.
“Sejak bulan puasa tahun lalu masalah ini berlaku apabila petugas Syabas datang ke gerai dan menutup meter air utama tanpa notis.

“Apabila ditanya, mereka menyuruh kami merujuk MDKKB berhubung masalah berkaitan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, selepas perbincangan dilakukan, pihak MDKKB menerangkan kepada peniaga masalah itu berpunca daripada kegagalan syarikat kontraktor melunaskan bayaran tertunggak bil air mereka.
Menurut MDKKB, penyelesaian hanya dapat dilakukan sekiranya syarikat kontraktor terbabit membayar hutang tertunggak itu

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive