Pengikut Boyzzonne

Monday, April 4, 2011

301 buah motosikal disita


SEBAHAGIAN daripada penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi besar-besaran selama tujuh jam di Melaka semalam.


MELAKA - Sebanyak 500 buah kenderaan diperiksa dalam operasi besar-besaran selama tujuh jam oleh pihak berkuasa di sekitar Lebuh Ayer Keroh dan Jalan Eye On Malaysia di sini semalam.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 301 buah motosikal disita bagi pelbagai kesalahan jalan raya manakala 39 kereta disaman kerana kesalahan cermin gelap dan mengubah suai kenderaan.
Sepanjang operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi itu, beberapa pemilik kenderaan cuba melarikan diri namun, percubaan mereka berjaya digagalkan apabila laluan-laluan tersebut ditutup.
Ketua operasi tersebut, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Amjit dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, sebanyak 139 saman trafik dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan sepanjang operasi bermula pukul 1 pagi dan berakhir kira-kira 7 pagi itu.
Ujarnya, kesemua pesalah tersebut yang berusia di antara 19 hingga 30 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive