Pengikut Boyzzonne

Monday, April 4, 2011

Chong Wei tagih ilmu Misbun



KEMBALI BERSATU... Chong Wei akan mendapat tunjuk ajar dan bimbingan Misbun yang bersetuju untuk menyertai semula BAM.


JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan dakwaan kononnya dia tidak lagi memerlukan khidmat jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek yang kembali semula ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Chong Wei berkata, dia masih memerlukan bimbingan Misbun walaupun kini selesa dengan jurulatih, Tey Seu Bock yang mengambil alih tugas semasa ketiadaan Misbun sejak 1 Januari lalu.
Misbun meletak jawatan pada 31 Disember tahun lalu dan Jumaat lalu, Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh mengumumkan Misbun menarik balik keputusannya dan akan ditawarkan kontrak baru.
Chong Wei berkata, semasa ketiadaan Misbun selama empat bulan, dia telah mempelajari sesuatu yang baru daripada Seu Bock yang telah membantunya mempertahankan gelaran Seluruh England bulan lepas.
“Jika ingin bermain
pada kejohanan di luar negara, saya masih ingin Misbun dan Seu Bock menemani saya ketika berada di sana,” kata Chong Wei semalam.
Pemain itu berkata, corak latihan Seu Bock adalah berlainan dengan cara Misbun dan adalah sukar bagi dirinya untuk menukar corak latihan jika kembali dengan Misbun.
“Saya perlukan kedua-duanya dan harap Seu Bock dan Misbun dapat melatih saya kelak,

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive