Pengikut Boyzzonne

Monday, April 4, 2011

Tiga lelaki terlepas tali gantung

KOTA BHARU – Nyawa tiga sekawan sudah hampir ke tali gantung atas kesalahan memiliki pil kuda namun kematian saksi yang merupakan penyamar sulit polis dalam kes itu, membolehkan mereka menarik nafas lega semalam.
Sebaliknya, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tertuduh, Mohd. Hasrul Mohamad; Hafishairi Mohd. Hussin dan Mohd. Farid Said hanya dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas pertuduhan yang sepatutnya dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) ditukar kepada Seksyen 39A(2) ADB.
Mohd. Hasrul, 26; Hafishairi, 25, dan Mohd. Farid, 22, mengaku salah selepas diberi pertuduhan pilihan iaitu meneruskan niat bersama memiliki sebanyak 5,000 biji pil kuda seberat 61.72 gram.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai makan Pajar Sinar berhampiran Sweet Beach Resort, Pasir Puteh pada pukul 10.30 malam 4 Januari tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive