Pengikut Boyzzonne

Monday, April 4, 2011

4 kediaman bela burung walit disita

KUALA TERENGGANU – Bunyi bising yang mengganggu penduduk di Kondo Rakyat Kuala Ibai dekat sini gara-gara kediaman diubah suai menjadi sarang burung walit berakhir semalam apabila empat buah rumah tersebut disita.
Operasi yang diadakan selama dua jam itu melibatkan 50 penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Ketika operasi itu, beberapa peralatan yang digunakan oleh pemilik kediaman untuk tujuan penghasilan sarang burung walit turut dirampas.
Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBKT, Zakaria Abdullah memberitahu, operasi dilakukan ekoran aduan orang ramai kerana bunyi bising dan kebocoran di tingkat bawah rumah sarang burung itu.
“Kita telah beri notis empat hari namun tiada tindakan dilakukan oleh pemilik rumah. Dalam operasi ini, kita telah menanggalkan kelengkapan untuk memelihara sarang burung dan kembalikan rumah tersebut dalam keadaan asal,”

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive