KAJANG - Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. (RSIB) memberi peluang kepada usahawan baru untuk melabur secara usaha sama dalam bentuk francais sebagai usaha mengembangkan perniagaan restoran tersebut.
Hanya dengan modal permulaan di antara RM50,000 sehingga RM500,000, RSIB akan memilih lokasi yang strategik untuk pembukaan restoran dan menawarkan pengurusan restoran tersebut kepada francaisi.
Pengasas dan Pengarah Urusannya, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, pelaburan secara usaha sama itu dibuat adalah sebagai salah satu usaha syarikat untuk membantu usahawan-usahawan yang mempunyai modal untuk membuka perniagaan tetapi kurang mahir dalam hal pengurusan.
Sebagai jaminan ujarnya, jika sambutan kurang menggalakkan terhadap perniagaan restoran makanan tersebut, pihaknya akan memulangkan 50 peratus daripada modal perniagaan yang dilaburkan.
"Selepas itu, kami akan mencari lokasi yang baru dan kami akan memberi semula kuasa pengurusan perniagaan itu kepada francaisi tanpa perlu keluar modal yang baru.
"Saya percaya perniagaan ini mampu mencatatkan keuntungan berdasarkan prestasi tujuh restoran sedia ada yang kini mencatat pendapatan sehingga RM300,000 sebulan bagi setiap sebuah cawangan
No comments:
Post a Comment