Pengikut Boyzzonne

Wednesday, November 14, 2012

30 Gambar Pekahwinan Lee Chong Wei, Wong Mew Choo


Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo telah berlangsung pada 9 November 2012. Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kira-kira 1,000 tetamu kenamaan yang hadir ke majlis ini. Turut berangkat, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah dan
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta peminat no. 1 Negara yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beregu badminton No. 1 negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong antara 6 sahabat yang dipilih Chong Wei membentuk pasukan pengiring pengantin lelaki.

Empat lagi adalah 2 bintang badminton, Gan Teik Chai dan Khoo Chung Chiat selain 2 sahabat karibnya, Yap Khean Boon dan Sunny Ang. Di sebelah pengantin perempuan, Mew Choo juga membariskan 6 pengapit terdiri daripada sahabatnya.

Untuk rekod, pasangan Chong Wei dan Mew Choo, yang sudah menjalin hubungan cinta sejak 11 tahun lalu akan mengadakan majlis resepsi kedua mereka di KLCC 10 November 2012. -sumber



 












No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive