Pengikut Boyzzonne

Thursday, November 15, 2012

Nikita Willy Sedih Teman Lelaki Dalam Penjara

Meskipun pernah menegaskan tidak mahu mengambil tahu berkaitan penahanan kekasihnya, Diego Michiels, Nikita Willy akhirnya mengakui amat sedih dan tertekan dengan kes terbabit.

Nikita Willy

Menerusi laman blog miliknya, Nikita mendedahkan dia tidak tidur lena memikirkan Diego yang hidup serba kekurangan dalam tahanan sekarang.

"Diego berkata dia hanya tidur di atas kerusi lipat, dan menyesal dengan perbuatannya memukul mahasiswa-Mef Paripurna. Dia amat berharap kes ini akan selesai secepat mungkin kerana dia tidak betah untuk terus tinggal dalam penjara," katanya.

Diego Michiels

Sebelum itu, Nikita dan ibunya dilihat melawat Diego di penjara dan memberi kata-kata semangat kepada pemain bolak sepak itu. Malah Nikita sempat memeluk Diego sambil menangis sebelum meninggalkan penjara terbabit.

-Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive