Pengikut Boyzzonne

Tuesday, November 13, 2012

Artis buka restoran amal….Makan ikut suka, bayar berapa ada…


BEBERAPA pekerja bergambar dengan Bon Jovi (tengah) di restoran miliknya  
RED BANK, Amerika Syarikat (AS) – Bintang rock, Jon Bon Jovi dan isteri mengambil peluang melakukan kebajikan dengan membuka sebuah restoran amal di AS.
Dikenali sebagai The Soul Kitchen, restoran berkonsep bayar apa yang anda mampu
itu beroperasi di bekas sebuah premis kecantikan di sini, tengah negeri New Jersey kelmarin.

Restoran berkenaan menyediakan hidangan berkualiti kepada golongan kurang berkemampuan dan sebagai balasan, mereka digalakkan menghulurkan bantuan sebagai sukarelawan dalam projek-projek komuniti.
Pelanggan yang ingin membayar pula boleh meninggalkan wang di dalam sampul yang disediakan di setiap meja premis itu menurut kemampuan masing-masing.

Tiada senarai harga disertakan dalam menu The Soul Kitchen.
“Saya membuat keputusan membuka restoran ini apabila mendapat tahu bahawa seorang dalam setiap enam orang di AS tidur dalam kelaparan,” kata Bon Jovi.

Bon Jovi ialah penyanyi kumpulan rock Bon Jovi yang popular dengan lagu-lagu seperti Runaway, You Give Love A Bad Name dan Livin On A Prayer. – Agensi

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive