Pengikut Boyzzonne

Tuesday, November 13, 2012

Bob Hashim Akui Terpaksa Sorok Botol Susu Heronya


KUALA LUMPUR : Pengarah Ajiboy, Ismail Bob Hashim atau Bob Hashim akui terpaksa sembunyikan botol susu milik hero filemnya iaitu pelakon cilikl, Raykarl Iskandar bagi meneruskan penggambaran dengan kanak-kanak yang baru saja berusia 7 tahun itu.

Malah, Bob Hashim mengakui, sangat
mencabar buat dirinya apabila pertama kali bekerjasama dengan pelakon kecil itu dalam filem komedi terbitan Metrowelath (MIG) yang akan ditayangkan pada 8 November ini.
“Terus-terang bukan mudah untuk bekerja dengan kanak-kanak kerana ianya sangat menguji kesabaran saya termasuk dengan semua pelakon-pelakon lain yang menjayakan filem ini.

“Lebih teruk lagi, pelakon kecil itu merupakan hero atau peneraju utama filem ini. Seluruh crew terpaska mengikut masa rehat dan tidurnya serta mood Raykarl untuk meneruskan penggambaran.

“Ada satu masa saya terpaksa menyembunyikan botol susunya supaya dia boleh meneruskan kembali penggambarannya,” katanya kepada murai.com.my dalam majlis Pra- tonton Filem Ajiboy, di GSC Sunway Pyramid, kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai filem terbarunya itu, Bob Hashim memberitahu dia bakal menjanjikan filem kanak-kanak yang menarik sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
“Jika kita lihat filem yang menampilkan hero kanak-kanak, ia sangat kurang di Malaysia kerana kebanyakkannya pasti memilih hero yang dewasa.

“Saya memberanikan diri mengarahkan filem ini kerana saya pasti ia akan memikat semua golongan terutama sekali sesuai ditonton seisi keluarga. Gelagat Raykarl sebagai Ajiboy yang bijak pasti akan mencuit hati semua penonton,” jelasnya lagi.

Filem yang menjalani penggambaran di kota A Famosa Melaka itu turut dibintangi pelakon lain seperti Zalif Sidek, Angah Raja Lawak, Epy Raja Lawak dan ramai lagi.

Secara ringkas Ajiboy mengisahkan seorang budak kecil yang genius bernama Ajiboy (Raykarl). Dia diamanahkan Fauza (Angah Raja Lawak) untuk menjaga dan menguruskan taman tema air milik ayahnya. Namun kemampuannya telah diraguiMat Saja (Zalif Sidek) dan Cumi (Epy Raja Lawak) yang bekerja di situ sehingga mereka merancang untuk menjatuhkan kanak-kanak itu.

Muslihat serta perancangan dua pekerja itu untuk mengenakan Ajiboy selalu sahaja gagal kerana budak kecil itu lebih bijak berbanding mereka. Namun, mereka tidak pernah putus asa berusaha untuk melawan kebijaksanaan kanak-kanak itu. Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Semuanya terjawab dalam Aldam Ajiboy di pawagam pada 8 November ini. – Murai

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive