Pengikut Boyzzonne

Wednesday, November 14, 2012

Penduduk kampung `kenduri' 50 ayam selepas lori terbalik

JELI: Sebahagian penduduk Kampung Chedok, Bukit Bunga, di sini, 'kenduri' besar apabila sempat menyembelih sekurang-kurangnya 50 ayam selepas lori tiga tan membawa ternakan itu
terbalik dalam kejadian di Kilometer 82, Jalan Tanah Merah-Jeli dekat kampung itu, semalam.



Lori memuatkan kira-kira 1,800 ayam itu dikatakan dalam perjalanan menghantar bekalan dari Pulau Pinang ke Kampung Tunjong, Kota Bharu sebelum terbabas ke bahu jalan lalu terbalik kira-kira jam 5.20 pagi.




Berikutan kemalangan itu, kira-kira 300 ayam mati manakala 50 sempat disembelih penduduk tempatan yang berada di tempat kejadian.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive