Pengikut Boyzzonne

Thursday, November 15, 2012

Suspek kes bunuh kelar leher polis


BENTONG: Seorang lelaki dipercayai suspek kes bunuh petugas Pejabat Hutan Daerah Bentong, Khairul Hazri Jamaludin, 31, pada 4 November lalu, diberkas selepas bergelut dan mencederakan seorang anggota polis di Taman Hussein Bentong, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, terserempak lelaki
terbabit yang mencurigakan di atas sebuah bukit berhampiran kawasan taman berkenaan.

Menurut sumber, ketika ingin ditahan dan diperiksa, lelaki warga tempatan berusia 40-an itu mengacukan pisau hingga mencederakan leher seorang daripada anggota polis berkenaan.
“Pada jam 6 petang, tiga anggota polis IPD Bentong yang baru habis bertugas dan menziarahi rakan mereka ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan memegang sepucuk pistol dipercayai buatan sendiri.

“Anggota polis berkenaan cuba menahan suspek, namun suspek bertindak ganas dan melawan mengakibatkan seorang anggota parah akibat dikelar di leher,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Katanya, pada masa sama dua lagi anggota bergelut dengan suspek dan hasil pemeriksaan lanjut polis menemui telefon bimbit dan beberapa barang berharga milik mangsa.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive