Pengikut Boyzzonne

Friday, July 20, 2012

Gadis maut terhidu asap tebal - kekasih lemah di beranda rumah


PASUKAN Bomba dan Penyelamat memadamkan api dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Lawa 9, Taman Pelangi Indah, Johor Bahru 

Seorang gadis mati akibat terhidu asap tebal manakala kekasihnya yang datang untuk menyelamatkannya ditemui lemah di beranda rumah yang terbakar di Jalan Lawa 9, Taman Pelangi Indah.
Difahamkan semasa kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Loh Hui Jin, 24, yang berada seorang diri di
rumahnya menghubungi kekasihnya, Kee Yang Yue, 24, yang menetap di Desa Cemerlang bagi menyelamatkannya yang terperangkap dalam kebakaran.
Yang Yue terus ke rumah mangsa namun dia gagal menyelamatkan Hui Jin kerana rumah tersebut berkunci dan dipasang jeriji.
“Hui Jin dikeluarkan dari rumah tersebut selepas bomba berjaya memecahkan cermin tingkap yang tebal namun dia gagal diselamatkan kerana terhidu asap tebal

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive