Pengikut Boyzzonne

Friday, July 27, 2012

‘Mimpi pungut syiling’ - mungkin bawa petanda buruk


Mengikut pendapat orang tua-tua, jika bermimpi memungut duit syiling lama ia mungkin bawa petanda buruk sama ada rumah terbakar atau ahli keluarga terdekat meninggal dunia.
“Saya tidak sangka mimpi pelik itu ada benarnya apabila
rumah kami sekeluarga musnah dijilat api pagi tadi (semalam),” kata wanita warga emas, Manis Man, 72.

Dalam kejadian jam 8 pagi di Parit 10/6 Labu Kubong itu, rumah didiami Manis bersama seorang cucu lelakinya itu musnah dijilat api menyebabkan dia kerugian lebih RM90,000.
Bagaimanapun, Manis bernasib baik kerana ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana berkunjung ke rumah anak saudara di Felcra Seberang Perak manakala, cucunya, Mohd Firdaus Mansor, 17, pula ke sekolah.

Manis ketika ditemui semalam berkata, dia tidak menyangka pengalaman diganggu mimpi sama beberapa hari lalu bakal membawa khabar duka apabila rumahnya musnah dijilat api.

Dia mendapat tahu mengenai kebakaran itu selepas dimaklumkan anak perempuan, Maisarah Mahmud, 48, yang nampak kebakaran itu ketika berada di halaman rumah.
Sejurus tiba, rumah dua tingkat tinggalan arwah suaminya Mahmud Chin itu sudah musnah dijilat api bersama wang tunai RM2,500 serta barangan kemas.

1 comment:

  1. Salam.
    Ada pulak macam tu yer. Bahaya gak ni sebab kerja saya banyak melibatkan duit syiling. Ada kemungkinan termimpi duit syiling ni.

    ReplyDelete

SHARE THIS

Blog Archive