Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 8, 2012

Maut Selepas TV Terbakar Ketika Menonton Olimpik

London – Seorang pesara yang begitu fanatik terhadap bidang sukan, akhirnya meninggal dunia selepas terhidu asap akibat kebakaran yang berpunca daripada televisyennya.

Pasukan penyiasat percaya, Peter Horbury, 69, meninggal dunia ketika menonton terlalu
lama sukan olimpik melalui kaca televisyen hingga menyebabkan televisyen itu terbakar.

Horbury, yang menetap seorang diri meninggal dunia pada 6.20 pagi.

Menurut seorang jirannya, Horbury merupakan peminat sukan dan tidak sabar-sabar untuk menyaksikan sukan Olimpik.

“Horbury juga adalah bekas ahli sukan dan dia memaklumkan kepada saya yang dia akan menyaksikan sukan berkenaan melalui kaca tv sepanjang masa.

“Dia tidak mampu membeli tiket untuk menyaksikannya di stadium, justeru dia hanya menonton melalui tv sahaja,’’ katanya yang enggan dikenali.

Dalam pada itu, seorang lagi jirannya, Stanley West, 82, berkata, dia menghubungi polis selepas melihat asap hitam melalui tingkap rumah Horbury.

“Satu-satunya yang kami dengar adalah bunyi bising sekitar pukul 2.40 pagi, iaitu bunyi seperti meja dialihkan ke seluruh lantai,’’ katanya.

Seramai 20 anggota bomba dikerahkan memadamkan kebakaran dan polis serta pasukan penyiasat turut dipanggil bagi menjalankan siasatan.

Sumber: Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive