Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 7, 2012

Rumah sewa mendiang Loga Alleycats terbakar


GEORGE TOWN – Hampir keseluruhan daripada koleksi album peribadi milik ahli kumpulan Alleycats, mendiang Datuk Loganathan Arumugam hangus dalam kejadian kebakaran di rumah sewanya di Jalan Azeze, Tanjong Bungah di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu turut memusnahkan tiga
bilik yang terletak di bahagian atas rumah yang didiami isterinya, Datin Susan Lovie, 51, bersama adik ipar, Kevin Jonathan Boudville, 46.
Difahamkan, sebanyak 35 daripada 40 album simpanan yang dibingkai mendiang sejak 44 tahun mewarnai dunia muzik tempatan bersama abangnya, Datuk David Arumugam (gambar kecil) musnah dijilat api.
Kesemua koleksi perkembangan seni Alleycats diletakkan di ruangan khas di tingkat atas termasuk di dinding berdekatan tangga.
Menurut David, koleksi album itu merupakan sebahagian koleksi kenangan yang disimpan Loga manakala plak penghargaan dan koleksi album lain diletakkan di Galeri Alleycats di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive