Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 6, 2012

Jenazah penuntut Malaysia dijangka tiba di Malaysia Jumaat

Adzreen Dimyati dan rakannya, Hanisah Muhd Shah (gambar) terbunuh dalam kemalangan di Russia.

VLADIVOSTOK - Jenazah dua penuntut Malaysia, Hanisah Muhd Shah dan Adzreen Dimyati yang maut dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia, Ahad lepas, dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Jumaat pagi.

Bedah siasat terhadap kedua-dua mayat itu telah selesai dan jika semua prosedur yang perlu dapat diselesaikan di Moscow hari ini, jenazah kedua-dua penuntut itu akan
diterbangkan ke Kuala Lumpur melalui Dubai, kata Duta Malaysia Datuk Zainol Abidin Omar kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan sidang Apec 2012 di sini.

Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi penuntut perubatan Malaysia dari University of Nishny Novgorod State Medical Academy cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van lain ketika kesemua mereka dalam perjalanan dari Moscow ke Nishny Novgorod.

Lima penuntut yang cedera pada awalnya dirawat di hospital Vladimirskaya dan kini dipindah ke sebuah hospital di Nishny Novgorod, kata Zainol Abidin.

Beliau berkata syarikat insurans juga akan menghantar pegawai perubatan mereka untuk memeriksa keadaan lima penuntut terlibat, dan jika tiada kecederaan serius, mereka telah melahirkan hasrat untuk meneruskan pengajian di universiti itu.

Sementara itu, siasatan sedang dijalankan bagi mencari punca sebenar kemalangan itu, katanya.

Terdapat sejumlah 3,000 rakyat Malaysia kini menuntut di Rusia, dengan kebanyakan mereka adalah penuntut perubatan.- Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive