Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 6, 2012

Jutawan Malaysia Belanja RM5 Juta Untuk Pikat Hati Bintang Pop Taiwan


Gelaran jutawan sebenarnya seperti merendahkan status sebenar Jho Low yang terkenal dengan gaya hidup mewah beliau yang sering berparti bersama selebriti ternama. Sesuai dengan status beliau, Jho Low dikhabarkan telah pun melabur hampir RM5 juta untuk satu majlis menyatakan rasa cinta terhadap seorang bintang
pop Taiwan, Elva Hsiao.
Jho Low telah mengatur satu majlis makan malam eksklusif bersama Elva Hsiao di hotel Atlantis The Palm, Dubai lengkap dengan persembahan bunga api bernilai RM1 juta. Ketika makan malam sedang berlangsung, dua orang lelaki di’upah untuk terjun dari udara untuk persembahkan set barang kemas Chopard bernilai RM83,500 kepada Elva Hsiao.


Malangnya, walaupun bintang pop itu mengalirkan air mata terharu, lamaran Jho Low telah ditolak pada malam itu kerana menganggap hubungan tidak lebih dari ‘adik beradik’. Satu lagi bukti wang tidak mampu membeli cinta. 
Source: www.rotikaya.com

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive