Pengikut Boyzzonne

Friday, September 7, 2012

Ustaz Azhar Idrus Tolak Jadi Calon Pas


KUALA TERENGGANU – Penceramah bebas, Azhar Idrus yang kini menjadi sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Azhar enggan
terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.
“Beliau merupakan ikon khususnya dalam kalangan generasi muda, jika beliau berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi beliau sudah menolak.
“Difahamkan, beliau menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama beliau tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini. – Utusan Online

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive