Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 8, 2012

Kaki tercabut tendang bola

ZUKHAIRI...guna kaki palsu sejak enam bulan lalu.

HULU LANGAT: “Walaupun terpaksa bergantung kepada kaki palsu untuk bergerak dan kadang-kadang ia tercabut ketika bermain bola sepak bersama rakan, saya tetap bersyukur dan akan berusaha mencapai kejayaan dalam hidup,” kata Zukhairi Aminuddin, salah seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi
tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, di sini, tahun lalu.

Dalam kejadian menyayat hati yang mengorbankan 16 nyawa itu, Zukhairi, 14, kehilangan kaki kirinya yang terpaksa dipotong di tempat kejadian selepas tertimbus tanah separas pinggang. 

Kini selepas lebih setahun tragedi itu, kesan trauma semakin menghilang, malah sejak 1 Mei lalu, seramai 31 penghuni menikmati penginapan serta kemudahan lebih selesa di premis baru dikenali Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al Hijrah (Raydha Hijrah) di Kampung Sungai Semungkis yang terletak kira-kira dua kilometer daripada tapak asal.

Zukhairi berkata, dia masih menjalani fisioterapi di Hospital Serdang setiap minggu bagi menyesuaikan diri dengan kaki palsu itu yang dipakai sejak enam bulan lalu dan gembira kerana keadaannya semakin baik.

“Saya bersyukur kerana sudah boleh tinggal di rumah baru. Di sini, semua keperluan ada dan selesa. Insya-Allah, saya belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun depan,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi akauntan.


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive