Pengikut Boyzzonne

Friday, September 7, 2012

Himpuan Janji Ditepati: Dua pelajar IPT menang kereta Preve, Chevrolet


KUALA LUMPUR - Dua orang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) muncul pemenang hadiah utama cabutan bertuah sempena "Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati" pada 31 Ogos lepas dengan masing-masing membawa pulang
kereta Proton Preve dan Chevrolet Cruze.
Normazaitul Akma Che Daud, 21, pelajar Kimia Analisis di Universiti Malaysia Terengganu memenangi kereta Proton Preve dan Faizah Adam, 19,  pelajar Diploma Pengurusan Sumber Manusia di Kolej Cybernatics memenangi kereta Chevrolet Cruze, menerima hadiah masing-masing daripada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di sini hari ini.
Normazaitul Akma yang sedang menjalani latihan praktikal di Jabatan Kimia, Petaling Jaya terkejut dengan hadiah yang diterimanya, dan merancang untuk membuat kejutan kepada ibu bapanya.
Beliau yang mempunyai lesen memandu tidak menyangka kehadirannya bersama rakan-rakannya untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil membawa tuah kepadanya.
Bagi Faizah, hadiah yang dimenanginya itu akan dihadiahkannya kepada bapanya kerana beliau belum mempunyai lesen memandu.
Anak kedua daripada tiga beradik itu menghadiri perhimpunan itu dengan mengikuti rombongan Surau Al-Asma, Kajang yang seramai 30 orang, tidak menyangka kad yang diisinya pada majlis itu membawa tuah.
Sementara itu, Rais dalam ucapannya berkata kementerian mengucapkan penghargaan kepada para penaja hadiah iaitu DRB-HICOM, NAZA Motor Sdn Bhd, Malaysia Airlines System Berhad (MAS),  Tenaga Nasional Berhad (TNB), Celcom dan Axiata.
Cabutan bertuah yang julung kali diadakan itu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan sebanyak 383,213 kad telah diterima daripada satu juta kad cabutan bertuah yang diedarkan di seluruh negara.
Selain kereta Proton Preve dan Chevrolet Cruze, hadiah lain berupa tiket penerbangan ke London dan Sydney, sebuah Motor Vespa Naza, sebuah motosikal 125cc, empat buah Motosikal Modenas, tiga buah telefon pintar Blackberry, 10 unit basikal Fixie dan 50 unit Huawei Tablet.- Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive