Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 8, 2012

Perompak Sut HitamMati ditembak selepas merompak



IPOH - Keresahan orang ramai mengenai keganasan empat perompak Indonesia yang gemar mengenakan sut hitam ala Unit Tindakan Khas (UTK) ketika merompak rumah berakhir apabila
kesemua suspek mati dalam kejadian berbalas tembak di Taman Meru 2C di sini semalam.
Suspek-suspek bersenjatakan pistol dan parang itu menemui ajal selepas ditembak sebaik kereta jenis Proton Wira Aeroback yang mereka naiki terbabas di kawasan semak di sebuah dusun buah-buahan di pinggir taman tersebut.
Suspek dikatakan telah memecah masuk 15 buah buah rumah di bandar raya ini, Kuala Kangsar, Sungai Siput dan Taiping sejak beberapa bulan lalu.
Modus operandi suspek ialah mereka akan memecah masuk rumah dengan mengumpil pintu jeriji besi atau tingkap pada awal pagi, kemudian mengikat atau mengurung mangsa sebelum melarikan diri.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive