Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 8, 2012

Lisa Surihani, Sofea Jane ambil alih watak Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali

DR. SITI HASMAH (tengah) bersama pelakon watak utama beliau dalam teater Tun Siti Hasmah iaitu Sofea Jane (tiga dari kiri) dan Lisa Surihani (dua dari kiri) di Kuala Lumpur 

KUALA LUMPUR - Dua pelakon hebat iaitu Lisa Surihani dan Datin Sofea Jane dipilih memegang watak Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dalam pementasan teater Tun Dr. SitHasmah yang bakal berlangsung
di Istana Budaya (IB) bermula 9 hingga 19 November ini.
Kedua-duanya mengambil alih peranan pelakon Erra Fazira yang menarik diri daripada berlakon teater tersebut kerana ada komitmen lain.
Lisa akan melakonkan watak Hasmah ketika zaman muda manakala Sofea Jane memegang watak isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, ketika beliau dalam usia pertengahan sehingga kini.
Menurut Lisa, dia berasa sangat berbangga dan teruja kerana diberi peluang untuk memegang watak tokoh negarawan ulung dan beliau menganggap peluang itu tidak harus dilepaskan.
"Buat masa sekarang saya masih lagi cuba mendalami watak yang diberi melalui tunjuk ajar daripada guru teater, Normah Nordin memandangkan saya tidak mempunyai pengalaman dalam pementasan teater," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive