Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 8, 2012

Lima beruk Kentoi dilepas back to the nature

BAKRI (bersongkok) melepaskan beruk Kentoi ke hutan Simpan Kekal Wang Mu, Padang Besar semalam.

KANGAR - Lima ekor beruk Kentoi yang dipelihara di Taman Primat Sungai Batu Pahat di sini dilepaskan ke hutan simpan Wang Mu, Wang Kelian, Padang Besar semalam sebagai langkah pemuliharaan haiwan liar terbabit.
Kesemua beruk terbabit yang berusia kira-kira enam tahun yang terdiri daripada
seekor jantan dan empat betina turut dipasang mikro cip pada badan bagi tujuan pemantauan.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar Perlis, Dr. Redzuan Ibrahim berkata, beruk tersebut merupakan kumpulan pertama dilepaskan ke hutan.
"Jika kumpulan pertama ini berjaya di habitat semula jadi tanpa berlaku sebarang gangguan atau kematian, kita akan melepaskan lagi beruk daripada taman ini secara berperingkat-peringkat.
"Ketika ini, terdapat 13 ekor primat yang kebanyakannya jenis beruk Kentoi di taman ini yang beroperasi sejak 2006," katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive